Seperti yang Dijanjikan

0觀看次
A- A+

"Seperti yang dijanjikan", kata-kata yang indah, kepayahan menunggu, tetapi tidak pernah mengecewakan. Sebelum ulang tahun ke-10 "Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung", telah melancarkan "Membaca secara Maya" dengan penuh semangat, Cikgu Meiyun dan kumpulan editor yang terdiri daripada lima orang itu dengan secepat mungkin pada 03/10 untuk kali pertama telah berjaya memenuhi janji itu, mempersembahkan buku ini kepada Shangren yang paling dihormati dan dikasihi.

"Shangren, saya ada di sini!" bukannya senang untuk sampai pada hari 3/10 ini kerana

, "Adegan bonus yang mengejutkan" masih diuji, dan terdapat kejutan yang kerap semasa perjalanan. Mujurlah, berkat Tuhan pada saat akhir perjalanan, semua menaiki kereta dengan selamatnya, dan di bawah tiga pertembungan "masa, ruang dan hubungan antara manusia", kalian akan mencapai kebahagiaan yang bersesuaian.

Huiyu menghantar mesej melalui LINE, "Kad metro saya menunjukkan wang baki sebanyak 310 dan saya tersenyum simpul." Kaixuan berkata, "Hari ini merupakan Hari KeputeraanGuanyin Bodhisattva,hari yang baik!"

Yang dikenal sebagai "masa yang baik sukar diperoleh, usaha yang baik sebelum berhasil selalu menghadapi kesukaran" membuktikan bahawa hari ini benar-benar hari yang baik yang penuh dengan jalinan jodoh yang baik. Pada asalnya, saya hanya ingin menyampaikan buku itu dengan penuh hormat kepada Shangren, tetapi tanpa diduga mendapat janji temu selepas waktu tengah hari yang membolehkan saya dapat berbincang secara mesra dengan Shangren. Kerana mendengar perkongsian kumpulan kami, suara Shangren yang lemahitu menjadi semakin bersemangatdan dengan penuh belas kasihan berkata, "Jangan tergesa-gesa, bercakaplah perlahan-lahan."

Arus panas menggelobok, mengalir perlahan-lahan, dan sembilan puluh minit telah berlalu dalam sekelip mata, dan semua orang penuh dengan kebahagiaan di dalam hati mereka! Nasihat Shangren muncul dalam fikiran saya dari semasa ke semasa, "Sejarah Tzu Chi mesti dikekalkan”,"Kuasa jerat Meiyun telah menjeratkalian. Jika kalian melakukannya dengan kesungguhan hati, kalian akan dapat bebas daripada samsara (kitaran hidup tentang kematian dan kelahiran semula).

Alangkah besar berkatnya! Kerana terharu, saya tidak dapat menahan lalu menangis bercucuran air mata. Saya bersyukur kepada Shangren kerana memberi saya anugerah kehidupan. Mulai sekarang, saya akan lebih berwaspada dan lebih bersungguh hati untuk menyerlahkan kuasa sinar yang kecil sekali supaya mengumpulkannya menjadi obor dan menerangi dunia!

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.