Perasaan yang Agak Berlainan dalam Lubuk Hati

0觀看次
A- A+

Pada 10 Mac 2023, Cikgu Meiyun mengetuai Kumpulan Buku Khas untuk menghadap Shangren yang dihormati supaya sempat menyampaikan buku khas itu kepada beliau pada hari jualan pembukaannya. Balik ke kampung kali ini ialah untuk membuat satu laporan tentang misi kami ataupun satu tindakan untuk menghormati Shangren dan juga satu perasaan balik ke kampung untuk menziarahi sanak saudara.

Kata orang, “ Semakin dekat dengan kampung halaman, semakin takut-takutan ”. Hal yang sama berlaku apabila semakin menghampiri Jingshe(tempat tinggal Shangren). Kita semua amat berharapan supaya dapat ke Jingshe tetapi rasa takut pula. Apabila berhadapan dengan Shangren , kami seakan-akan budak yang secara serius untuk menerima tunjuk ajar dan kasih sayangnya.

Saya dapat menyaksikan bahawa Shangren meneliti gambar demi gambar dalam buku itu umpama seorang tua yang menggunakan gambar itu untuk memahami kesungguhan dan keikhlasan sepanjang sumbangsih semua anggota Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiong. Shangren juga mengusap secara lembut setiap muka surat yang dibacanya. Beliau berbuat demikian untuk kulit depan buku dan juga kulit belakang buku itu, bagaikan seorang tua yang mengusap secara lembut 500 orang anggota kumpulan itu yang berasal dari tempat yang berbeza-beza, yang merentas wilayah dan negara.

Kumpulan buku khas hendak membolehkan Shangren yang paling dihormati itu untuk menjadi orang yang paling awal untuk menerima buku itu. Hal ini merupakan satu penghargaan dari lubuk hati Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiong. Kami barulah bertemu dengan Shangren di luar waktu perjumpaan biasa. Dalam keadaan itu hanya terdapat begitu sedikit orang. Akan tetapi, beliau tidak lupa akan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana Shangren berkata bahawa beliau ingin mengetahui semua 53 fungsi dalam kumpulan itu secara teliti. Shangren meminta Cikgu Meiyun untuk menamakan satu demi satu fungsi itu di khalayak ramai serta menerangkan tanggung jawab mereka masing-masing. Beliau mendengarnya dengan teliti dan mengesahkan sumbangsih yang gigih setiap orang dalam kumpulan yang besar itu. Beliau sangat menyayangi semua pengikutnya. Inilah Shangren kita.

Mendengarkan Dharma Shangren berupa kata-kata lembut dan hangat yang sepadan dengan perasaan di lubuk hati setiap orang. Saya juga menerima secebis fikiran Shangren yang berbunyi ,"Biarlah Mei Yun "mengikat" kamu, maka kamu akan terbebas daripada samsara(kitaran hidup tentang kematian dan kelahiran semula)." Shangren menegaskan bahawa jika semua orang membuat kerja bersama Cikgu Meiyun secara berterusan sebenarnya ialah menuju ke jalan untuk membebaskan diri daripada samsara.

Kereta api yang kami naiki itu bertolak dari Stesen Hualien dan melalui tepi Jingshe. Saya amat berberat hati dan berdoa agar Shangren sentiasa sihat dan selamat untuk menantikan kepulangan kumpulan kami pada kali lain.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.