Setiap Orang yang Berbakat Merupakan Kunang-kunang Menerangi Hidup

0觀看次
A- A+

Kali ini, saya sangat gembira kerana sebagai seorang anggota Kumpulan Editor Kumpulan Membaca dapat menyertai program “Semua Orang Berbakat” untuk berkongsi pengalaman tentang kemajuan saya. Tekanan yang terbesar saya hadapi setiap kali saya berkongsi pengalaman ialah keraguanAdakah saya benar-benar mempunyai sesuatu hal yang bernilai untuk dibicarakan?” Untuk menempuh halangan ini, saya terlebih dahulu memberitahu diri sendiri, "Saya juga yang berbakat!" . Oleh itu, saya dapat memotivasikan diri.



Setiap peluang untuk berkongsi pengalaman merupakan satu inventori. Mengimbas kembali kali pertama saya memberikan maklum balas terhadap perkongsian pengalaman anggota Kumpulan Membaca yang merupakan suatu kesan bajik. Secara kontras, selepas penyertaan saya dalam Kumpulan Membaca, adakah jalan Tzu Chi saya menjadi semakin luas? Jalan Tzu Chi tidak semestinya menjadi lebih luas setelah saya lebih banyak memikul kerja Tzu Chi. Niat seseorang mungkin tersesat atau terasa kaku setelah lama melibatkan diri dalam hal orang lain atau saling bertugas bersama untuk satu jangka waktu yang panjang. Oleh itu, seseorang seharusnya berpeluang untuk membuat refleksi dalam batinnya bagi menentukan sama ada kebijaksanaannya telah bertambah daripada perkara itu.

Saya berterima kasih kepada Cikgu Meiyun kerana undangan beliau membolehkan saya membuat persiapan perkongsian yang memungkinkan saya menyaksikan aspirasi permulaan saya dalam penyertaan Tzu Chi. Saya sangat faham akan Cikgu Meiyun yang lama menunggu bahan perkongsian saya. Saya amat bersyukur kepada kesabaran Cikgu dan kumpulan yang bertugas di belakang tabir. Segala-galanya telah menjayakan pembelajaran saya kali ini. Masa perkongsian saya juga sewaktu dengan Pusat Jagaan Harian Orang Tua seluruh Taiwan yang berhubung secara dalam talian dengan Kumpulan Membaca dalam Talian, Kaohsiung (Aktiviti ini diadakan pada hari Rabu minggu ketiga setiap bulan) .  
 
Kali ini, saya amat berterima kasih kepada Cikgu Meiyun kerana beliau telah berhubung dengan emak saya, Penyelia Pusat Jagaan Orang Tua Tzu Chi Zhonghe. Hal ini dikatakan demikian kerana kami berdua dapat bertemu secara maya. Di samping itu, saya juga dapat berterima kasih kepada sesepuh daripada Pusat Jagaan itu. Mereka membuat kraf tangan berbentuk burung hantu sebagai jualan bajik bagi membantu orang pelarian Ukraine. Wang yang diperoleh itu membolehkan kita menghantar cinta kasih kepada barisan hadapan pengagihan barang keperluan di tempat itu. Saya bersyukur kerana setiap perkara kecil dalam Tzu Chi juga boleh menjadi kegunaan yang besar.
 
 
 

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.