Menciptakan Berkat Dunia, Melakukan dengan Sepenuh Hati

0觀看次
A- A+

Kita hendaklah menyedari bahawa “ Bencana Menimpa” ialah “Pendidikan Agung”. Satu-satunya kaedah untuk mengurangkan atau meredakan bencana ialah semua manusia mesti mengamalkan vegetarianisme. Ubat yang mujarab untuk meredakan bencana adalah melalui pembangkitan cinta kasih dan perbuatan menyatakan tindakan bervegetarianisme.

     Memakan daging makhluk hidup atau sedapat-dapatnya untuk bervegetarianisme akan diselubungi “qi (sejenis tenaga) penyakit ”. Penduduk dunia tahun 2022 bertambah sebanyak 148 600 ribu nyawa baharu dalam 80 hari. Oleh itu, kita hendaklah tidak henti-henti mendorong khalayak ramai untuk berbajik, bervegetarianisme dan menyayangi makhluk hidup.

20201013 [Perhimpunan Sukarelawan: Belas Kasihan melalui vegetarianisme, Menjauhi Pandemik dengan Niat Betul] https://www.youtube.com/watch?v=DYmZbTJCaVQ

Shangren masih mengambil berat tentang keadaan pandemik Covid-19. Beliau sekali lagi mengimbau kalian supaya bervegetarianisme kerana makan sayur-sayuran merupakan ubat yang mujarab. Kita harus mengambil “makanan bersyukuran”(sayur-sayuran) dan bukan menyuapkan “makanan berhutang”(bahan makanan yang berasal daripada hidupan berkesedaran). Kita akan jadi sihat dan bijaksana jika kita sentiasa menjaga baik niat kita.Shangren berkhutbah, Bervegetarianisme memupuk kita menjadi orang yang berbelas kasihandan makan sayur-sayuran baik untuk badan kita. Vegetarianime merangkum banyak Dharma dan menyelaraskan badan melibatkan tabiat kita yang boleh dimulakan daripada bervegetarianisme. Menyelaraskan hati pula ialah tenaga mental yang melibatkan penyelarasan badan, hati dan otak secara serentak. Badan yang paling sihat merangkum otak yang sihat, minda yang betul, tindakan badan yang tidak menyeleweng dan cara hidup yang betul. Makan daging seperti yang telah Shifu katakan setiap kali kita tidak bervegetarianisme kita berhutang. Jika kita makan setengah kati daging makhluk hidup , sekurang-kurangnya kita perlu bayar balik empat tahil daging sendiri. Atau jika kita makan empat tahil daging, kita perlu memulangkan setengah kati daging sendiri. Jika kita masih jahil dalam hidup ini, hidup kita yang akan datang akan menjadi hidup yang lebih keliru lagi. Pada waktu ini, satu-satunya ubat ialah bervegetarianisme. Semua benda di bumi dapat membekalkan makanan yang cukup kepada kita. Oleh itu, kita tidak seharusnya mencerobohi haiwan kerana semua makhluk hidup adalah saksama. Hal ini dikatakan demikian kerana semua hidupan berhak untuk terus hidup di dunia ini. Kita patut menjaga niat kita baik-baik, melindungi hayat kebijaksanaan kita supaya kita menjadi sihat dan bijaksana. Oleh itu, kita akan berakhlak mulia yang tidak terhingga.

     Orang yang menyelamatkan orang lain ialah orang yang berberkat. Kita harus melakukan suatu hal dengan sepenuh hatinya dan bukannya sekadar melakukannya dengan sedapat-dapatnya. Shangren paling mengambil berat tentang perkara yang berikut, “ Insan Tzu Chi boleh sepanjang waktu untuk mengukuhkan waktu hadapan dengan cinta kasih. Kita hendaklah bersemangat cinta kasih agung, barulah kita dapat dengan cepatnya untuk membasmi pandemik Covid-19. Shifu amat berharapan supaya kita dapat mengamalkan segala tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau dalam kehidupan harian kita.

“Lantian Baiyun”(pakaian seragam Tzu Chi ,baju biru dan seluar putih) melambangkan semangat Tzu Chi yang mengimbau khalayak ramai untuk “ Berbajik dan berberkat serta mengamalkan Dharma dalam kehidupan harian”masing-masing. Insan Tzu Chi menggunakan sifat harmoni yang indah sebagai imej humanistik untuk bersumbangsih kepada dunia. Hal ini merupakan “persembahan” yang paling ikhlas untuk Shangren.

     Saya bersyukur kerana dapat memberikan perhatian yang prihatin kepada anggota barisan hadapan, mengumpulkan cinta kasih dan memberikan bantuan secara berganti-ganti. Jalan raya Ukraine berubah menjadi tapak peperangan kerana pertempuran dengan Rusia. Insan Tzu Chi mengagihkan barang keperluan harian kepada pelarian Ukraine. Tzu Chi juga berdialog dengan NGO antarabangsa untuk bersumbangsih berganti-ganti tanpa terdapat sesiapa yang tercicir. Mereka mempamerkan semangat “tali ikatan cang” yang merantaikan sukarelawan dalam mahupun luar negara secara baiknya. Kita memulakan tindakan untuk memupuk cinta kasih dari lubuk hati supaya dapat membantu orang yang susah bagi menjalankan majlis berdoa. Cinta kasih yang suci tanpa dicemari ialah sifat yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana sifat baik ini dapat menenteramkan kejahatan untuk menjadikan dunia yang aman dan sentosa.

20220524 [Berita Daai-Pelarian Ukraine! Laman Web Bangsa-Bangsa Bersatu,Kelihatan Jejak Tzu Chi ]https://www.youtube.com/watch?v=aKJXCx1d5tU

Sejak tahun 2003 Tzu Chi ialah salah satu anggota NGO Bangsa-Bangsa Bersatu. Sejak berlakunya peperangan Rusia-Ukraine, kumpulan pemberian bantuan Tzu Chi bertolak ke Poland untuk bersumbangsih. Tzu Chi juga berganding bahu dengan NGO antarabangsa. Tindakan yang bajik serta indah juga disiarkan dalam “laman web yang bertajuk “Bantuan Keperimanusiaan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

Jutaan pelarian Ukraine masuk ke negara jirannya, Poland untuk mengelakkan peperangan bagi sementara waktu. Tzu Chi masuk ke kawasan peperangan dan menjaga pelarian secara dekat untuk mengagihkan selimut kepada mereka. Ketua InspektorSukarelawanSeluruh Dunia, Huang Sixian berkata, “Kami sebagai barisan belakang tidak ada cara lain untuk masuk ke kawasan peperangan, kami tolong menolong elalui anggota barisan hadapan untuk membekalkan ubat dan memberikan perubatan kepada pelarian.” Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Tzu Chi Amerika Syarikat, Ceng Cihui berkata, “ Membantu mereka dengan tangan sendiri tepat pada waktunya yang memberikan sumbangan secara menyeluruh.”Kita memeluk pelarian yang hati mereka terluka. Pelarian Ukraine berkata, “ Saya sayang akan kamu, Tzu Chi, saya amat berterima kasih kepada kalian.”

Jejak cinta kasih di Poland yang diperkembangkan secara langkah demi langkah. Laman web Penyelaras Hal Ehwal keperimanusiaan Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan hal-hal pembantuan keperimanusiaan seluruh dunia dan kita juga dapat menyaksikan bahagian yang mengumpulkan cinta kasih insan Tzu Chi seluruh dunia.

Kita memberikan sokongan moral kepada pelarian Ukraine dan mencukupi bahan keperluan mereka. Kita memberikan bahan keperluan kepada mereka dan juga tenaga mental yang berupa Kad kata perenungan Jingsi berserta lukisan dalam beberapa bahasa dicetak untuk membolehkan mereka berasa hangat dan mesra oleh Tzu Chi. “ Wang tunai untuk kerja”digunakan di Poland untuk membimbing pelarian supaya menaikkan perasaan spiritual mereka untuk menyertai aktiviti bagi bersumbangsih kepada orang lain. Apabila niat mereka berubah dan menyayangi makhluk hidup di dalam lubuk hati mereka, barulah dapat menanam semangat Tzu Chi secara dalam-dalam di hati dan minda mereka. Cara inilah yang dikatakan penjagaan yang ikhlas dan bukan sekadar memberikan wang tunai, bahan keperluan, dan mereka bukan seperti orang gaji yang datang untuk membuat kerja semata-mata.

  

Keharmonian agama menenteramkan hati orang dan mengubah kejahatan kepada kebajikan. Bencana pendemik kali ini sukar ditangkis kerana niat manusia masih tidak berubah dan pandemik terus merebak tanpa henti-henti. Kita berharapan supaya dapat membimbing pelarian yang berlainan agama dan dari negara lain tetapi yang berjalinan jodoh supaya khalayak ramai bersama-sama berdoa secara ikhlasnya bagi mempamerkan kerja sama yang mengagumkan. Berdasarkan Hari Keputeraan Buddha dan Upacara Memandikan Buddha, Yufo sebagai panduan, “ Yufo ialah pemurnikan hati orang dan bertaubat secara ikhlas sehingga kembali ke sifat semula jadi. Hal ini barulah merupakan Yufo yang sebenarnya. Perkara yang mustahak pada waktu ini ialah untuk menenteramkan hati kalian dan membolehkan perbuatan jahat berubah menjadi bajik. Kita menggunakan kaedah yang membimbing orang yang telah sesat jalan supaya kembali ke pangkuan jalan yang betul.

Pendidikan pencegahan pandemik bermula dari sekolah yang merebak ke masyarakat. Canselor Universiti Tzu Chi, Liu Yijun berkongsi pengalaman tentang langkah-langkah pencegahan pandemik. Dekan Hal Ehwal Antarabangsa, Xiao Xinyi berkongsi pengalaman tentang perkembangan menrekrut pelajar baharu Ukraine. Pengetua Sekolah Menengah Anggota Gabungan Universiti Tzu Chi, Li Huiling berkongsi pengalaman tentang penjagaan kesihatan fizikal dan rohani sewaktu pandemik di sekolahnya. Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains dan Teknologi Tzu Chi, Dr Niu Jiangshan berkongsi pengalaman tentang program pencegahan pandemik di kampusnya. Shangren berkata, “ Untuk menjaga kesihatan kalian yang bermula dari sekolah sehingga masyarakat awam haruslah melatih diri tentang pembentukan tabiat kebersihan yang baik. Beliau mengimbau kalian supaya sentiasa berwaspada dan bertaqwa untuk mempromosikan vegetarianisme serta membimbing dunia ke arah yang betul. Kita berdoa supaya cuaca dapat diselaraskan dan dunia menjadi aman dan sentosa serta memadamkan api peperangan.

   Kita bersyukur kepada waktu yang telah berlalu, menggenggam waktu semasa, dan mencipta berkat untuk masa hadapan. Shangren meminta penyelia setiap bidang untuk menyahut seruan rakan sejawat supaya“ kurangkan makan, selebihnya disimpan untuk membantu yang kurang berada. Hati kalian yang dipenuhi cinta kasih, barulah kita dapat mengekalkan kesejahteraan dunia. Niat yang hendak menyelamatkan orang lain tidak seharusnya dipandang rendah. Kita menggunakan cinta kasih untuk saling membantu setiap waktu dan hiduplah setiap hari dengan penuh bermakna.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.