Kemunculan Anda adalah Satu Pertalian

0觀看次
A- A+

Pada 24hb Februari tahun 2022 telah berlaku peperangan antara Rusia dan Ukraine. Dengan letupan bom di setiap tempat, sayu mata memandang semuanya menjadi padang jarak padang terkukur. Beberapa juta penduduk Ukraine melarikan diri untuk mengelakkan bencana ke beberapa negara jiran. Negara Ukraine mengeluarkan perintah mobilisasi tentera, melarang rakyat lelaki berumur antara 18-60 tahun keluar dari Ukraine, banyak keluarga terpaksa berpisah dengan bapa, suami atau anak mereka. Bagi mereka yang terdiri daripada orang tua, perempuan dan anak kecil yang berjaya melarikan diri ke negara asing, bagaimanakah mereka dapat menjalani kehidupan di sana? Masalah seperti makanan, pakaian, tempat duduk dan cara kehidupan telah timbul, di manakah mereka dapat mencari tempat tinggal? Selagi peperangan tidak berhenti, bilakah mereka boleh balik ke kampung halaman sendiri? Pemikiran warga empati dan kasih sayang Poland telah disemarakkan oleh kedatangan arus pelarian peperangan dari Ukraine ini, mengambil inisiatif membuka pintu rumah mereka untuk melindungi pelarian Ukraine.

Ada segelintir orang ingin menolong lebih ramai pelarian Ukraine dan Yayasan Tzu Chi telah dapat menjumpai penduduk setempat Poland yang boleh memberi bantuan kecemasan dan mengagihkan bekalan makan dan keperluan semasa. Kemunculan anda adalah satu pertalian,i saudari Zhang

Shuer, bekas pekerja Stesen TV DaAi, pada masa secepat mungkin telah menghubungi Tzu Chi, dan bersama dengan suaminya Lucas memberi keprihatinan dan pengagihan makanan serta keperluan lain di tempat yang terdapat ramai pelarian. Pada masa yang sama, Tzu Chi Eropah telah mula mengambil tindakan susulan kemanusian di Poland.

Di bawah letupan bom dan siulan peluru, penduduk Ukraine samada tua mahupun muda telah melarikan diri dari kampung halaman mereka, ini adalah satu proses yang amat menyayat hati. Seperti Hannah, membawa bersama dua anaknya di stesen keretapi yang penuh sesak. Semasa menunggu kedatangan keretapi, ada satu ketika beliau mendapati salah satu anaknya hilang daripada pemandangan, walaupun hanya beberapa minit tidak nampak, ianya adalah satu ketika yang amat menakutkan Hannah. Mujur Hannah dapat bertemu dengan sukarelawan Tzu Chi, membolehkan mereka mendapat temput duduk dan meringankan kesedihan naluri hati, malah beliau dapat keluar untuk menolong dan menemani warga Ukraine yang lain.

Pertalian sebab ini amat luarbiasa. Apabila Tzu Chi berada si serata dunia menghulurkan bantuan, mereka memerlukan juga penduduk tempatan untuk menolong juga. Apabila pertalian sebab dan karma ini matang baru boleh mendapat kemunculan tangan-tangan yang dapat menolong.

Pada 7hb Jun 2022 episode “Bodhi di Alam Manusia – Hati murni dan pertalian sebab bertemu, maka terdapat penurunan aliran dharma.”

Pautan https://www.youtube.com/watch?v=Esg_dMY_Odc (minit 5’00~6’03”), Guru Dharma Cheng Yen memberitahu : “Pada masa itu, telah menjumpai orang-orang baik, yang dapat menolong mengurangkan keperitan hidup pelarian Ukraine. Walaupun kita tidak dapat menolong kesemuanya, perlu tengok kemunculan pertalian sebab. Di tempat tempat yang perlu, akan ada orang yang dapat memberi pertolongan, ada juga jenis pelarian, mereka melalui sesetempat pada satu ketika masa, kita kalau boleh nampak, barulah kita boleh menolong. Ini adalah fakta masa, fakta tempat dan juga pertalian antara sesama orang perseorangan. Dengan adanya kematangan pertalian sebab, barulah kita dapat menolong.”    

Nilai kehidupan manusia adalah pertalian persahabatan antara orang-perseorangan. Di sebabkan ada kemunculan takdir barulah dapat bertemu. “ Bertemu adalah satu pertalian baik, apa yang berlaku adalah perkara yang baik.”

Orang yang mengalami keperitan dan kesengsaraan hidup, mereka menerima pertolongan, menjumpai tempat berselindung untuk badan dan hati; orang yang menolong, akan mendapat pahala and benih suci. Belas kasihan dan kasih sayang memerlukan akal pintar, Zhang Shuer dan Lucas memberikan pandangan mereka terhadap pemberian kad bantuan tunai, ini disebabkan melalui pengagihan bantuan kehidupan mereka mendapati bahawa terdapatnya maruah warga Ukraine, mereka berharap melalui kad bantuan tunai oni membolehkan pelarian Ukraine memilih jenis jenis barangan yang mereka perlu.

Peperangan Rusia dan Ukraine telah berlanjutan dan buat masa ini tidak dapat melihat bila boleh berhenti, pelarian telah bertukar kepada ketidak-menentu boleh balik, perlindungan semasa telah bertukar kepada jenis jangka masa panjang. Malang tidak berbau, akibat penurunan matawang dan kenaikan harga barangan, orang yang menolong tidak jangka pertolongan ini bertambah berat dan sukar. Dengan adanya cinta unggul ini, membolehkan mereka meneruskan memberi pertolongan dengan niat murni dan tindakan ikhlas. Mujur terdapat golongan orang sebegitu, membolehkan pelarian perang Ukraine mendapat bahu untuk bersandar.

Pada 11hb Jun 2022 episode “Bodhi di Alam Manusia – Belas kasihan dan kebijaksanaan disemai menunggu tumbuh“. Pada ( Minit 0’52~1’24) Guru Dharma Cheng Yen memberitahu : “Setiap satu nyawa kita, daripada satu niat murni, dapat menolong berapa orang! Selagi kita tidak membuat ikrar, apa akan berlaku kepada golongan pelarian perang ini? Walaupun kita tidak dapat menolong setiap orang, sekurang-kurangnya, orang yang mempunyai pertalian sebab dengan kita, kita berpeluang untuk menolong mereka.”

   Kemunculan niat murni dan suci, seperti percambahan tunas baru. Guru Dharma Cheng Yen menunjuk-ajar : “ Sebab adalah sebiji benih, ramai orang punya faktor sebab mereka, boleh dapat di bawa balik ke Ukraine, dapat membajak itu tanah, menyemai benih-benih itu dan menjadi pohon pokok yang besar.”

Oleh itu, semasa kita membuat ikrar, kita mahu benih itu bercambah bila sampai masa. Alam Manusia adalah Perjalanan Agung Bodhi, ini memerlukan Bodhisattva di alam manusia meluas dan meratakan jalan ini, barulah jalan ini boleh menjadi besar dan senang.

Pada era masa kita ini, memerlukan kemunculan pertalian dan sebab supaya perkara yang Buddha tidak dapat buat dahulu, pada zaman ini ada teknologi moden untuk menyebar ajaran agama, kita boleh mendapat maklumat pada setiap masa, apa yang kita perlu lakukan, mesti segera menyelesaikannya; Kelab Membaca atas talian, kita perlu untuk mengambil kemunculan pertalian sebab, membolehkan kita mendapat kedua-dua pahala dan kebijaksaan setelah kita praktik ajaran.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.