Wabak, Aksi, Saksikan Kasih Sayang

0觀看次
A- A+

Koronavirus COVID-19 telah merebak ke seluruh dunia sejak penghujung 2019. Wabak itu melanda dunia secara beransur-ansur, sementara nyawa manusia serius terancam. Virus ini tidak boleh dilihat atau disentuh, tetapi ia boleh mengambil nyawa manusia yang berharga pada bila-bila masa. Sehingga Mei 2021, sejumlah 163 juta kes positif telah dikenalpasti dan 3.4 juta orang telah meninggal dunia. Orang ramai panik, dan hati orang ramai menjadi kurang tenteram apabila dengar nama wabak ini. Boleh dikatakan bahawa ini wabak yang paling serius dalam masa 100 tahun yang lepas.

Keadaan wabak di Taiwan agak stabil, dan tidak ramai pesakit yang dijangkiti. Sehingga Mei 2021, keadaan wabak meningkat dengan cepat dalam sekelip mata, sebanyak 200 hingga 300 kes dijangkiti dalam sehari. Oleh itu, Pusat Epidemik mengumumkan pada 18hb Mei: "Seluruh pencegahan wabak Taiwan telah memasuki tahap ketiga!"

   Apabila orang berada bersama keluarga mereka semasa pencegahan wabak, sekumpulan orang melangkah ke hadapan, berdiri di barisan hadapan pencegahan wabak, dan mengambil tindakan untuk melindungi keselamatan orang ramai. Mereka adalah ahli Tentera Negara, dengan memakai pakaian pelindung kedap udara, membawa alat pensteril seberat sehingga 25 kilogram di belakangnya. Pada suhu tinggi 30 darjah Celsius, dia berjalan tanpa rasa takut ke jalan dan lorong, membersihkan setiap sudut berisiko, dan berada dalam kabus. Sikap mereka yang tidak mementingkan diri sendiri , penuh rasa cinta jelas kelihatan, dan kami sangat terharu.

Apabila wabak semakin serius, kes Covid-19 positif semakin meningkat, terutamanya di Bandar Shuangbei. Hospital Taipei Tzu Chi mengambil tindakan segera dan di bawah pimpinan Pengarah Zhao, seluruh hospital telah bersedia. Setiap orang mempunyai misi "bersama-sama menyerahkan diri demi berhadapan dengan bencana negara". Kakitangan perubatan merupakan barisan hadapan, menyelamatkan nyawa pesakit kritikal. Mereka bertarung dengan kematian. Mereka perlu memakai pakaian berlindung lengkap untuk masa yang lama ketika memberikan rawatan kepada pesakit. Mereka menanggung ketidakselesaan berpeluh, demi menjaga pesakit, mereka mendedahkan diri mereka kepada risiko jangkitan.

20210724世界充滿愛影片( 0:14~2:17 )台北慈濟醫院蘇文麟主任的拔河賽128

https://www.youtube.com/watch?v=4QjAcwAEdic

20210724 [Dunia penuh dengan cinta] Video ( 0:14~2:17 ) Pertandingan tarik tali oleh Pengurus Su Wenlin dari Taipei Tzu Chi Hospital 128

https://www.youtube.com/watch?v=4QjAcwAEdic    

Wabak ini bermula pada 14hb Mei. Wabak itu merebak tanpa amaran. Pesakit kritikal dimasukkan satu demi satu. Mereka adalah pesakit kritikal yang mengalami kegagalan pernafasan dan intubasi. Saya mengalami kebimbangan yang tidak pernah dialami sebelum ini; saya bimbang pesakit tidak akan diselamatkan.

     Kakitangan perubatan masuk untuk mengambil sampel ujian dan berkata kepada pesakit, "Pakcik! Kami hendak mengambil sampel ujian, harap maaf!" Selepas selesai mengambil sampel ujian, beralih kepada pesakit seterusnya. Semasa menjaga pesakit dengan radang paru-paru koronari baru yang teruk, kakitangan perubatan perlu memakai pakaian perlindungan lengkap. Setiap kali masuk atau keluar wad, kakitangan perubatan mesti menukar lapisan pertama pakaian pelindung pengasingan, dan kemudian sembur dengan alkohol.

     Pengurus Hospital Taipei Tzu Chi, Su Wenlin: "Oleh kerana pesakit tidak dapat mengeluarkan kahak , maka dia membuka tiub endotrakeal. Apabila dia membukanya, jika pesakit batuk, titisan aerosol akan keluar. Dalam proses pengambilan sampel kahak, ia akan melekat pada pakaian, penutup rambut atau topeng muka, jadi semua perlu ditukar baru.”

   Tubuh badan ditutup dengan lapisan perlindungan, yang menguji kekuatan fizikal dan ketahanan pasukan perubatan yang letih. Apabila bilangan pesakit semakin bertambah, lima orang pakar perubatan dalam penjagaan toraks dan kritikal akan bertugas. Kalau dulu seorang pakar berupaya menjaga 10 hingga 15 pesakit, tetapi sekarang hanya berupaya menjaga 6 pesakit.

Kakitangan perubatan menggadaikan nyawa mereka untuk melindungi nyawa orang lain, dan mereka juga berkasih sayang dalam menjaga setiap pesakit yang cemas kerana dimasukkan ke hospital. Untuk melindungi orang ramai, mereka menunjukkan kasih sayang dan pengorbanan besar.

Terdapat orang meninggal dunia akibat wabak. Banyak keluarga miskin menghadapi risiko kebuluran kerana mereka kehilangan punca pendapatan dari pekerjaan sampingan. Yayasan Tzu Chi melancarkan pelan bantuan anti-wabak untuk memberikan bantuan kepada keluarga miskin ini. Ia juga menyediakan komputer kepada pelajar supaya mereka dapat mengikuti pengajian di rumah. Ia telah memberikan bantuan kepada 25,000 keluarga yang kurang bernasib baik di Taiwan dan memberikan sokongan kuat dalam pencegahan wabak secara keseluruhan. Sehingga Mei, kira-kira 958,000 sumbangan pelbagai bahan telah disumbangkan di seluruh Taiwan. Semasa wabak itu, cinta yang agung tidak terputus, dan susuk Bodhisattva tidak pernah berhenti, memberikan semua jenis bahan anti-wabak dan keperluan harian kepada institusi dan orang yang memerlukan tepat pada masanya. Kasih sayang sejati umpama cahaya matahari yang terang.

讓我們一起恭聽上人的開示2021 0515人間菩提(0:58 ~ 2:34)

https://www.youtube.com/watch?v=iAQNHxUwrKA&t=154s

Mari kita sama-sama dengar kepada ajaran Dharma Guru [2021 0515 Kebijaksanaan Manusia] (0:58 ~ 2:34)

https://www.youtube.com/watch?v=iAQNHxUwrKA&t=154s

     Kita berharap wabak itu cepat berlalu dan ini memerlukan ubat Ajaib. Semua orang perlu berhati ikhlas dan mengamalkan pemakanan vegetarian. Pengamalan pemakanan vegetarian menunjukkan hati yang ikhlas, dan hati yang ikhlas dapat didengari semua Buddha dan Bodhisattva. Saya telah melihat bahawa semua makhluk mempunyai niat bertaubat, dan makhluk hidup boleh bertaubat, jadi ia bukan sahaja baru-baru ini. Saya telah mengatakannya sejak tahun lepas, bahawa ini adalah "Pengajaran yang besar." Gelombang wabak ini adalah untuk memberi amaran dan menyedarkan semua orang. Apabila setiap orang sedar dan bertaubat kepada diri sendiri dan orang lain, sesiapa sahaja selain diri kita, perlu bertaubat dengan ikhlas dan dan taubat akan menyucikan hati kita.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 80 bilion haiwan menjadi makanan manusia setiap tahun. Jangan biarkan haiwan kehilangan nyawa demi nafsu manusia. Satu-satunya formula ajaib untuk menghadapi musibah dan wabak adalah mengamalkan pemakanan vegetarian. Dharma Guru berkata bahawa ini adalah pelajaran yang besar. Semasa menghadapi wabak yang teruk, setiap orang mesti berwaspada dan berhati ikhlas, dan tidak boleh lagi melakukan apa sahaja mengikut nafsu mereka. Musibah yang meruntuhkan dunia semakin hampir, dan tidak dapat dihalang oleh manusia. Kita harus belajar dengan rendah diri, memohon taubat kepada Tuhan dengan penuh khusyuk, dan tidak lagi membunuh binatang untuk memenuhi nafsu keenakan kita. Kita perlu berkasih sayang sepenuhnya untuk menyayangi semua makhluk secara universal, demi menghapuskan bencana dan menjaga keamanan.

   Apabila wabak menimpa, saya berterima kasih kepada semua wira yang bertugas di barisan hadapan ataupun belakang. Kasih sayang anda yang tidak mementingkan diri sendiri menjadikan dunia ini dunia yang lebih baik.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.