Saling Bersyukur, Ekologi Terindah di Dunia

0觀看次
A- A+

Tzu Chi ditubuhkan daripada tiada apa-apa sehingga berada selama lebih daripada 50 tahun. TzuChitidak henti-henti untuk mengumpulkan sedikit demi sedikit bermula daripada 50 sen, kita pun boleh menyelamatkan orang lain iaitu, Era Tabung Buluh. Melangkah seinci demi seinci secara betul-betul yang bermula daripada 30 orang suri rumah tangga pada permulaannya sehingga sekarang. Beberapa puluh buah negara telah mempunyai kumpulan Bodhisatva Tzu Chi yang dapat menyelamatkan beberapa banyak orang yang susah. Mereka umpama kunang-kunang yang kecil yang memancarkan cahaya yang malap. Akan tetapi, kunang-kunang yang berterbangan itu, apabila berkumpul dapat membentuk suatu pemandangan yang indah dalam kegelapan malam. Insan Tzu Chi umpama cahaya bintang-bintang yang lembut dan membolehkan kita menyaksikan keindahan bumi. Daya hidup kunang-kunang telah menghiasi bumi yang mengakibatkan kita berasa terharu.

LenteraKehidupan:RajinMengamalkanJalan Bodhisatva Berdasarkan Penderitaan Sebagai Guru https://youtu.be/3v05r0VKXnw(0~0:.32’) yang bertarikh 07/02/2022

Shangren berkhutbah, “ Sewaktu insan Tzu Chi Mozambique mengadakan majlis Tahun Baharu secara maya, beliau dapat menyaksikan mereka menggunakan sebuah meja kecil yang dialas dengan pasir untuk menghasilkan satu peta yang menggunakan batu sebagai sempadannya. Mereka menandakan kedudukan sukarelawan dengan bunga. Benih Tzu Chi di situ mengagumkan kita. Kebijaksanaannya mengatasi segala-gala nafsu kebendaan di dunia.

Tayangan “ Lentera Kehidupan”menunjukkan kepada kita bahawa sewaktu insan Tzu Chi Mozambique mengadakan majlis Tahun Baharu secara maya, mereka mengalas pasir di atas permukaan sebuah meja kecil untuk menghasilkan satu peta. Berbanding dengan peta dunia di atas meja Shangren, mereka membuat satu sempadan dengan batu serta kedudukan insan Tzu Chi ditandakan dengan bunga.Pemikiran mereka yang pintar sangat terpuji. Mereka dengan hormatnya mengundang Shangren ke Mozambique. Meja disusun dengan teratur dan seterusnya kerusi dipindah ke situ. Tempat itu dihias dengan sangat selesa. Mereka mengambil segelas air bersih untuk digunakan sebagai teh bagi dihidangkan kepada Shangren. Saya dapat memperhatikan bahawa mereka bercinta kasih yang suci serta ikhlas dan minda mereka tidak tercemar. Mereka sayang akan Shangren dan menghormati Shangren. Kita dapat berasa keikhlasan mereka merupakan ‘gongyang’(bersumbangsih yang tidak henti-henti kepada makhluk hidup) yang taat.

Dharma Buddha mendidik makhluk hidup untuk mentransformsikan lima kekeruhan ( kekeruhan pandangan/hidup/derita/makhluk hidup/kalpas) dunia jahat dan derita kepada dunia Bodhisatva yang serba bahagia. Bodhisatva yang sangat bahagia, sukacita dan sangat gembira. Mereka tidak dihalang oleh kesusahan yang banyak, hati setiap orang sesungguhnya sangat gembira. Mereka seperti sukarelawan Mozambique yang hatinya tidak risau walau pun hidupnya miskin dan derita. Mereka tiada halangan hidup kerana mereka menganggap langit sebagai bumbung manakala bumi merupakan rumah mereka. Mereka duduk di atas tanah dan pokok besar menjadi tempat berteduh kepada mereka. Oleh itu, mereka berasa sukacita dan berpuas hati dengan apa yang telah dimiliki oleh mereka. Hal ini membolehkan orang lain turut berasa gembira.

[ Lentera Kehidupan ] yang bertarikh 07/02/2022 https://youtu.be/3v05r0VKXnw (0.50’~1:44’),另一則報導mempunyai satu laporan lain tentang sukarelawan Paul, “ Ladang kami ditanam dengan bijan, kobis dan jagung. Kini, terdapat lebih daripada 1700 orang sukarelawan. Mereka dibahagikan kepada kumpulan untuk pengagihan tugas kerana selama pandemik Covid-19, sukarelawan dikehendaki bekerja berdasarkan giliran. Oleh itu, borang disediakan untuk membolehkan semua sukarelawan mempunyai tugas masing-masing. Pada asasnya, setiap suku kaum menjaga ladang itu secara bergilir-gilir setiap hari.

Hasil ladang itu lumayan kerana cinta kasih tanpa syarat diberikan oleh para sukarelawan. Yolinda berkata, “ Di sini, tidak banyak orang yang ingin membantu orang lain. Oleh yang demikian, saya sangat bersyukur kepada mereka yang sudi membantu orang lain. Saya berharapan supaya kita dapat meneruskan pengagihan makanan hangat kepada orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana kami yang berpeluang untuk bersumbangsih telah banyak menerima manfaatnya.”

Shangrenberkhutbah, “ Bagaimanakah kita dapat mentransformasikan kehidupan Afrika? Kini, dapat diperhatikan bahawa usaha itu secara beransur-ansur terlaksana langkah demi langkah. “

Paul mempelawa 1700 sukarelawan untuk bersumbangsih. Mereka bersama-sama bercucuk tanam di ladang DaAi. Sukarelawan mengambil langkah pencegahan Covid-19 dengan membahagikan sukarelawan kepada kumpulan kecil untuk bertugas di ladang itu. Hasil tanaman dikongsi sesama sukarelawan. Mereka menjaga sesepuh dan kumpulan kurang bernasib baik di kawasan mereka secara luasnya. Mereka mengubah sikap orang yang biasanya tidak memberi perhatian terhadap orang lain dan mendorong lebih banyak orang yang tahu akan bersyukur serta sudi bersumbangsih.

Seperti yang dikatakan oleh sukarelawan tempatan, Yolinda , “ Sebenarnya kami yang bersumbangsih menerima manfaat yang paling banyak.”

[ Berita DaAi, Daripada Penerima Bantuan sehingga Pemberi Bantuan ] yang bertarikh 13/02/2021, https://youtu.be/U_z2iWDHTpM( 0:00~1:12’)

SukarelawanMozambique,Soas berkata, “ Sejak saya menyertai Tzu Chi, saya telah berubah menjadi seorang yang baharu. Waktu dahulu, saya tidak mengambil berat tentang perkara orang lain tetapi kini saya sangat seronok membantu orang lain. Sewaktu bencana taufan Idai, rumah saya juga dihanyutkan oleh arus air. Pada ketika itu, nenek saya tertindih dan belakang toraksnya tercedera. Selepas itu, nenek saya tidak dapat bertugas di ladang DaAi lagi. Mozambique berjauhan dengan Taiwan. Dengan hal demikian, saya memohon seluruh warga dunia yang prihatin akan kami supaya mereka mendapatkan satu gambaran yang sebenarnya tentang Mozambique. Oleh itu, saya belajar fotografi untuk mengambil gambar foto. Saya berharapan supaya melalui gambar foto itu, semua orang dapat mengetahui hal-hal yang telah berlaku di Mozambique.”

Soas menyertai keluarga besar Tzu Chi kerana telah dibantu oleh sukarelawan. Dia bertugas sebagai seorang sukarelawan (wang tunai untuk kerja) di Nametil untuk lebih daripada satu tahun. Rekod tentang angin taufan baru-baru ini merupakan hasil fotografi yang diambil olehnya. Dia bersama-sama sekumpulan sukarelawan tempatan memijak lumpur untuk mara ke hadapan supaya dapat membuat tinjauan tentang bencana itu. Mereka berjumpa dengan seorang budak kecil lelaki yang tidak berbaju pada badannya. Budak itu bersendirian mengubah suai rumahnya yang cuma kelihatan langit apabila mengangkat kepala seseorang ke atas rumah itu. Mereka berhenti di situ untuk memberikan perhatian kepada budak itu. Mereka bekerjasama dengan budak itu untuk menutup bumbung rumah yang bocor itu semula dengan kanvas dan jerami. Selain itu, dia juga menggunakan elaun “ wang tunai untuk kerja ‘ bagi membeli batu-bata. Dia menyimpan batu-bata itu untuk membina rumah yang telah dirancang supaya keluarganya memperoleh sebuah rumah yang selamat dan kukuh.

Lentera KehidupanRajin Mengamalkan Jalan Bodhisatva Berdasarkan Penderitaan Sebagai Guruyang bertarikh 07/02/2022 https://youtu.be/3v05r0VKXnw (2:22’~3:22’)

Penerima bantuan Zimbabwe, Kennis berkata, “ Sukarelawan Tzu Chi serupa malaikat yang dihantar oleh Buddha untuk membantu saya.”

Sukarelawan Tzu Chi Zimbawei, Moria berkata, “ Dia (Kennis) membunuh neneknya, anaknya dan ingin membunuh isterinya lagi. Nasib baik, isterinya melarikan diri. Selepas itu, dia dijatuhi hukuman penjara untuk selama 30 tahun. Setelah dibebaskan dari penjara, anggota keluarganya dan daerahnya tidak mahu menerimanya. Oleh itu, dia hanya dapat melindungi dirinya di bawah pokok. Oleh hal yang demikian, kami baru ingin membantunya untuk membina rumah.

Shangren berkhutbah, “ Saya dapat menyaksikan bahawa insan Tzu Chi menyebarkan cinta kasih mereka yakni, “ tiada orang yang tidak dapat saya maafi”. Oleh itu, semua orang berlapang dada mereka untuk menyayanginya dan juga hendak membantunya.”

Kennis dipenjarakan kerana dia telah menyimpang daripada kehidupan. Dia dibebaskan daripada ‘jendela besi’ itu apabila usianya telah melebihi 50 tahun. Kennis menyifatkan sukarelawan Tzu Chi serupa malaikat yang dihantar oleh Buddha untuk membantunya. Dia melanggar undang-undang kerana membunuh saudaranya dan dipenjarakan untuk menjalani hukuman selama 30 tahun. Hanya sukarelawan Tzu Chi yang berpegang pada konsep Shangren untuk berlapang dada mereka bagi memberikan kasih sayang kepadanya dan membina rumah walaupun kecil tetapi sangat selesa dan mesra.

Kita menghormati kehidupan dan juga menghargai nyawa diri untuk hidup ini. Kita menggenggam afiniti dan menfokuskan tenaga untuk menyebarkan cinta kasih agung Tzu Chi dari sebidang tanah yang kecil ke negara yang jauh di Zimbabwe. Mereka melaksanakan pendidikan kehidupan tanpa mengira bangsa dan warna kulit untuk mendorong tiap-tiap orang menghargai satu dengan lain.

[ Lentera Kehidupan ] yang bertarikh 07/02/2022 https://youtu.be/3v05r0VKXnw (4:10’~4:32’) Terdapat satu perenggan khutbah Shangren,

“Orang yang boleh membantu orang lain hendaklah menghormati orang yang dibantu oleh mereka. Orang yang membantu orang lain hendaklah bersyukur kepada orang yang dibantu oleh mereka. Bagi orang yang berhasrat, beraspirasi, berdaya upaya dan berpeluang untuk bersumbangsih, sesungguhnya dapat menjayakan jalan Bodhisatva mereka.

Kita hendaklah bersyukur kepada diri sendiri dan juga bersyukur kepada orang yang menerima bantuan kita. Orang yang menerima bantuan itu juga tidak boleh melupakan pertolongan orang lain. Oleh itu, tidak kira bantuan jenis kehidupan atau pertolongan berupa pendidikan, saling bersyukur antara satu dengan yang lain merupakan perkara yang terindah di dunia.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.