Cinta yang Tidak Putus Menyambut Tahun Baru

0觀看次
A- A+

Dipermulaan tahun yang baru, selepas majlis makan malam tahun baru dan pengagihan sampul merah berkat, Guru Dharma Cheng Yen beredar ke luar dewan makan. Di situ, berdepan dengan para sukarelawan Tzu Chi yang kembali ke Rumah Rohani Jing Si, telah diadakan lintasan langsung ucapan tahun baru Guru Dharma ke seluruh dunia kepada semua ahli keluarga Tzu Chi yang sedang menunggu. Guru Dharma Cheng Yen mengucapkan selamat tahun baru dan memberi berkat beliau kepada semua yang mendengar : " Saya berharap agar sekalian selamat dan diberkati. Keamanan adalah satu rahmat di dunia; Jika anda ingin diberkati, anda mesti melakukan lebih banyak perkara yang murni. Apabila anda bertemu dengan orang, anda mesti ikhlas memberkati mereka. Kami memberkati semua orang dan semua orang akan memberkati kita diri sendiri; kita menolong prang lain dengan hati yang penuh dengan cinta kasih sayang, mereka juga akan membalas dengan cinta kasih sayang. Pendek kata, dunia harus mengasihi dan memberkati sesama sendiri. Tahun Baru Cina bukan hanya satu hari, malah setiap hari adalah untuk menyambut hari yang baru dan berakhirnya hari yang lama. Kita harus bersyukur atas hari yang berakhir dengan keamanan; dan setiap detik masa yang muncul, kami menyambut ianya dengan hati yang ikhlas dan suci, pada setiap masa berdepan dengan orang ramai atau perkara , kita harus melakukannya dengan hati yang penuh dengan kesyukuran dan terima kasih. Kehidupan sebegitu adalah yang paling bahagia, paling damai, dan paling diberkati.”

Menyambut Tahun Baru Cina bukanlah perkara untuk sehari sahaja, kerana setiap hari adalah seperti Tahun Baru, setiap Tahun Baru adalah seperti ulangan setiap hari; setiap hari adalah untuk menyambut hari yang baru dan melepaskan yang lama, kita mesti bersyukur untuk masa yang berlalu dan menyambut tahun yang baru dengan hati yang ikhlas dan suci setiap detik masa. Guru Dharma mengingatkan semua orang: untuk menyambut tahun baru dengan sukacita, bukan sahaja dengan hati yang ikhlas, tetapi juga bersyukur untuk melepaskan tahun yang berakhir dengan aman damai. Bersyukurlah pada setiap masa, dan juga dengan hati ikhlas suci menyambut kedatangan setiap hari yang penuh rahmat, setiap hari yang aman adalah kerberkatan untuk manusia di dunia.

Bodhi di alam Manusiahttps://www.youtube.com/watch?v=vBoRg-HGQjo&t=5s (0:52~2:32) pada 20220126

Guru Dharma memberitahu : "Setiap kedatangan tahun baru menandakan kedatangan musim bunga yang baru, ianya juga bererti bahawa terdapat kemakmuran dalam setiap kehidupan di dunia, bukan sahaja setiap orang akan menyambut kedatangan musim bunga yang harmoni dengan hati yang girang, ianya juga masa inilah kita perlu membersihkan hati rohani kita, menyingkirkan segala ketidakpuasan dan dendam, menyapu bersih dan membina rohani yang murni. Ini adalah permulaan baik di alaf tahun baru yang mempunyai harapan yang suci, barulah ianya mempunyai erti yang bermakna.

Guru Dharma Cheng Yen menggalakkan para sukarelawan Tzu Chi di seluruh dunia, bahawa mereka perlu melafazkan ikrar janji setiap hari, mewujudkan nilai kehidupan yang bermakna, mengimbas balik semua percakapan, segala perkara murni yang pernah di lakukan, melindungi hati diri sendiri agar tidak dipesong oleh niat tidak suci, setiap pemikiran yang adalah murni dan penuh cinta kasih sayng. Ini barulah amalan pembelajaran rohani – menjaga agar pemikiran tidak terpesong, mempunyai budi pekerti dan tingkah laku yang baik. Setiap hari perlu menjaga kewibawaan rohani diri sendiri, memupuk percakapan dan kelakuan baik, ini barulah boleh menjumpai naluri hati diri sendiri yang suci murni yang tidak dicemari.

Gala Malam Tahun Baru Rumah Rohani Jing Si disiarkan secara langsung keluruh dunia. Terdapat 804 lintasan dalam talian ke pusat-pusat Tzu Chi di 12 negara di seluruh dunia. . Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seluruh dunia digelubungi ketakutan oleh wabak Covid 19 yang berulang kali merebak. Inilah sebab julung kali pertama lintasan terusan talian Tzu Chi diadakan untuk menyambut tahun baru yang penuh bermakna.

Dalam segmen lintasan ini, dari Rumah Rohani Jing Si, Guru De Xuan dan De Di mengimbas balik, memberitahu agar tidak melupakan kisah tahun tahun yang lalu, merentasi jurang masa, berkongsi apa yang berlaku 40 tahun yang lalu dan masa kini, tentang keadaan suasana di Rumah Rohani semasa menyambut tahun baru. Guru Dharma De Xuan memberitahu : “Suasana di Rumah Rohani Jing Si semasa perayaan tahun baru adalah sama seperti setiap bulan di hari pertama anak bulan dan bulan penuh, dengan hati yang biasa, menggunakan mata untuk mendengar dan telinga untuk melihat, Guru Dharma Cheng Yen sentiasa mengingati untuk sentiasa berwaspada.”

Para guru Rumah Rohani memahami bahawa Guru Dharma Cheng Yen memimpin semua di hadapan, mereka sebagai para guru akan menolong meratakan segala rintangan dan perlu membawa semua anak murid di arah perjalanan yang betul.

Guru Dharma De Di juga memberitahu, bahawa sebelum pandemk Covid 19, untuk menghidangkan makan harian semasa tahun baru, terdapat 250 meja makan perlu disediakan pada waktu makan dan mencecah 3 ribu orang sehari, ini termasuk para Guru Jing Si dan ianya adalah pemakanan secara bufet. Para guru di Rumah Rohani perlu memikul tugasan menyediakan makanan dan minuman untuk semua orang. Guru De Di merasa kagum dan tersentuh di hati kerana terdapat para guru pertengahan umur Rumah Rohani yang menyumbang sepenuh hati dan hidup mereka untuk memikul tanggungjawab berat keluarga Tzu Chi yang besar ini.

Dharma Guru Jingsi De Di berkongsi bahawa apabila dia bertugas di bahagian bilik, dapur ataukerja luar. Selepas habis tugasan harian khasnya yang mempunyai kerja berat, selalunya di tengah malam, dia merasakan kesakitan dan kekebasan tangan sehingga terbangun daripadatidur. Dia sangat memahami apa itu "tanggungjawab berat fizikal dan mental". Dia berkata, "Saya sungguh terharu. Para Guru Dharma Jing Si tidak pernah mengeluh dan tidak menyesal. Dia berterima kasih kepada para Guru Dharma berumur tinggi dan Guru Dharma pertengahan umur kerana sentiasa memimpin mereka yang baru menjadi biarawati , membuat langkah demi selangkah di perjalanan rohani mereka.

Dahulu, ramai orang akan kembali ke Rumah Rohani Jing Si untuk menyambut Tahun Baru Cina. Tahun ini, walaupun dalam tempoh pencegahan wabak, suasana Tahun Baru tetap sama. Segenap sudut, semuanya menampakan hiasan kemanusiaan Tzu Chi, penuh dengan suasana berbauan Dharma dan kemeriahan perayaan. Pasukan yang bertanggungjawab untuk hiasan bunga di dewan utama dan kawasan budaya telah bertugas lebih 20 tahun dan tidak permah menjauhkan diri mereka daripada tugasan. Melalui muafakat semua orang, ahli pasukan menjalankan tugas masing masing. Mereka dengan segera menghiasi denga meletakkan tanglung merah di ambang tinggi di koridor kebudayaan, menceriakan suasana dengan meriah; dengan slogan bertema “Setiap Dos Satu Cinta Sayang “ di mulut singa-singa BNT , memupuk kemeriahan mengenangi usaha baik mendapatkan vaksin menyebarkan cinta kasih sayang kepada semua umat. Apabila kes wabak semakin meningkat, bilangan sukarelawan telah dikurang mengikut panduan. Sukarelawati berpengalaman Chen Meiyu berpegang teguh kepada apa yang pernah dikatakan oleh Guru Dharma Adat lama tidak dikurangkan , Adat baru tidak ditambah “, membuat hiasan meriah untuk tahun baru untuk tahun ini di Rumah Rohani Jing Si, dengan bauan dharma menyambut kedatangan para pelawat dan sukarelawan.



Sukarelawati Qiu Shuzhen, ketua pasukan, berkata: "Terdapat dua tema utama dalam susun atur tahun ini, Tema pertama adalah Bunga Teratai Kitab Suci, mempersembahkan konsep artistik "Metafora Rumah Agam Api" ; Tema Sayuran pula memberi pendedahan “Pemakanan Sayuran tidak Membunuh Nyawa". Dia juga berkata: "Guru Dharma De Fan memberitahu bahawa teh boleh memanaskan hati seseorang, manakala bila bergabung dengan bunga boleh martabatkan keadaan dan melembutkan hati orang. Upacara bunga menggunakan banyak bahan bunga, memberi ilham kepada orang ramai sambil menonjolkan prinsip Agama Buddha dalam kehidupan harian. Pasukan sukarelawan menghias dan menggubah bungaan, membolehkan para pengunjung merasai suasana yang dipenuhi rasa terlindung Kitab Teratai, untuk mereka mempelajari intipati Kitab Teratai walaupun di suasana di gelubungi pandemik wabak Covid 19.

Guru Dharma Cheng Yen berkata bahawa orang perlu berterima kasih kerana menerima banyak cinta kasih sayang, perlu membalas dengan berbakti di alam manusia; tetapi cuma niat dan tenaga seseorang adalah tidak memadai, perlu memupuk cinta kasih sayang di kalangan orang ramai, menyebar cinta ini ke serata dunia, mengumpul tenaga umat sekalian untuk berbakti dan membuat pahala, pada masa itu alam manusia adalah tanah suci yang mempunyai berkat.

“ Menyambut kedatangan tahun yang baru, daripada saat pertama bermulalah setiap satu tahun, ke sinambungan setiap saat tiada berhenti, bersyukur untuk setiap saat yang aman dan selamat, mengambil peluang untuk membawa dan memberi cinta kasih, untuk menjadikan alam manusia satu tanah Bodhisattva yang suci.”

    

Bodhi di Alam Manusiahttps://www.youtube.com/watch?v=vBoRg-HGQjo&t=5s (10:09~11:40) pada 20220126 Guru Dharma Cheng Yenmemberi ucapan : "Di awal musim bunga ini, kamu semua merayakanPerayaan Tahun Baru dengan hati yang gembira. Menyambut tahun yang baru dengan hati yang ikhlas dan suci. Saya perlu mengucapkan terima kasih dengan penuh kesyukuran, pada tahun yang lepas kamu semua telah berbakti. Misi Amal Kebajikan telah di jalankan di seluruh dunia, Misi Perubatan menjaga nyawa, menjaga kesihatandan menjaga cinta telah menyelamakan ramai orang, Misi Pendidikan telah memupuk ramai bakat, Misi Kemanusiaan telah mengubah beberapa banyak buah keluarga. Amat bersyukur Stesen TV Daai setiap hari memberi maklumat yang sahih, 4 Misi Utama setiap masa sentiasa memberi banyak manfaat. Ucapan terima kasih berkali-kali adalah tidak mencukupi.

Setiap orang tidak boleh memandang rendah diri kita sendiri, apatah lagi kita dapat berkumpul bersama di Tzu Chi pada masa ini, ini adalah pertalian baik yang telah terbentuk pada zaman dahulu. Setiap Bodhisattva dari seluruh dunia harus mempunyai tujuan, apabila kita berpeluang lahir sebagai manusia di dunia ini, semua mempunyai sebab dan pertalian utama, perlu mengambil peluang yang ada untuk membuat berkat di alam manusia.; Atas daya usaha kita memimpin, agar Bodhisattva di kalangan manusia bertambah ramai, semakin banyak daripada mereka berkumpul untuk tujuan murni di dunia, maka dunia akan aman sentosa.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.