Menjaga aspirasi asal dalam hati menambah berkat dan kebijaksanaan.

0觀看次
A- A+

Liangjun selalu berkongsi dengan saya mengenai sebuah lagu : Cinta Agung Menyinari Dunia, dan ianya serasi tema ulang tahun ke 10 “Gigih Belajar di Awanan Menyinari Dunia”. Saya berasa amat bangga kerana seperti ditakdir untuk memasuki kumpulan Kelab Membaca ini.

Semenjak pandemik bermula tahun 2020, Liangjun berusaha membawa para sukarelawan-sukarelawati di Kanada untuk belajar di Awanan. Pada asalnya, niat hanya untuk memberi sepatah dua di Facebook kerana terima kasih kepada perkongsiaan oleh tetamu jemputan, tidak dijangka pula menjadi “tetamu tetap”. Bukan sahaja ada ahli kelab buku dari seluruh dunia, malah di belakang tabir kumpulan produksi terdapat juga 500 para sukarelawan dari seluruh global. Kemekaran bunga Awanan memang anggun! Menjadikan Kelab Membaca dalam talian Kaohsiung sebagai satu teladan baik untuk di contohi.

Pada 15hb Mac, kami sampai di Pusat Kaohsiung untuk menyertai peristiwa gemilang ke-10 ini, ternampak kad paparan berpuluh-puluh nama negara dan bandar di tingkat atas dan tingkat bawah, memang merasa penuh semangat, bahawa ini adalah satu Kelab Membaca bertaraf antarabangsa yang unggul. Pembimbing bacaan dari semua arah di dunia, editor seni, editor bahasa, penterjemah lisan, malah ada video, lagu dan tarian rakyat tradisional yang disediakan oleh para sukarelawan dari Tanah Besar Cina. Ini memaparkan kemantapan aktiviti berkerjasama secara kumpulan dan semua ini penuh dengan tenaga semangat jitu.

Saya sentiasa menggalakkan murid-murid bahawa “ Anda tidak perlu arif dan berpengalaman untuk bermula, Hanya selepas bermula anda akan menjadi arif dan berpengalaman”. Di negara Kanada, untuk mempelajari bahasa kedua atau ketiga adalah sukar, perlu gigih belajar berterusan untuk mendapat apa yang dikehendaki.

Selepas menyertai sebagai ahli kumpulan, berpeluang menyertai “Membaca di Awanan” untuk kumpulan skrip, telah berkenalan dengan ramai orang berpengetahuan seperti Saudari Jingshu dan Meijun dari negara Thai. Juga berterima kasih kerana mempunyai peluang menolong sukarelawan dari negara Thai ke Kanada Timur untuk tujuan perubatan ( Pelarian Pakistan ). Memang kita telah mencapai satu impian global secara Awanan, memendekan jarak ribuan kilometer dengan teknologi, menjadikan Cinta Agung Tzu Chi seperti matahari tidak pernah terbenam.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.