Mohon Maaf daripada Shangren, Pengikut Telah Membiarkan Shangren Menunggu Sepuluh Tahun

0觀看次
A- A+

Kita sentiasa dapat melihat susuk badan seorang sukarelawan yang bergerak tangkas dan sangat rajin di Pusat Tzu Chi Yunlin . Kadang-kadang beliau merumput di bata berantai dan menyapu daun yang luruh di luar pusat itu. Ada kalanya pula, beliau mengemop lantai dan membersihkan tangki air di luar bilik persalinan. Sesungguhnya, beliau penuh dengan tenaga, kerana sepasanglengannya yang kuat dan kedua-dua belah tangannya yang berkulit kasar, tebal, dan keras. Beliau bekerja tanpa berhenti, ibarat beliau ditiup udara panas pada hari yang teramat panas atau ditiup udara dingin pada hari yang amat sejuk. Namanya Zhang Jinhui.

Beliau menyertai pelatihan Tzu Chi enam belas tahun yang lepas. JinHui shijie tidak dapat menceburkan diri dalam Tzu Chi dengan sepenuh hati dan perlu ditangguhkan kerana beliau perlu menjaga ibu bapa suaminya dan suaminya yang sakit, serta tiga orang anak yang masih kecil. Selain itu, beliau menanggung segala perbelanjaan keluarganya dan penangguhan ini berterusan selama sepuluh tahun.

Beliau disahkan sebagai ciweidengan nama Dharma, “Xin Mian” padatahun 2015. Sewaktu  beliau dikurniai teg nama, Shangren berkata, "Saya telah menunggu kamu selama sepuluh tahun." Setiapkali beliau teringat akan kata-kata Shangren itu, hati Zhang Jinhui shijie masih berdebar-debar dan menyesal atas kejadian itu.

Mengapakah saya pengikut yang tidak cerdik untuk membiarkanShangren menunggu saya begitu lama? Zhang Jinhui shijie menyifatkan dirinya sebagai “anak miskin” pada tahun itu berdasarkan "Tujuh Kiasan Teratai: KiasanAnak Miskin” dalam “Sutra Teratai”. Beliau diibaratkan sebagai anak miskin yang melarikan diri daripada bapanya. Beliau tidak lagi menjenguk dari luar pintu besar rumah bapanya, dan akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya.

Selepas ditauliahi, beliau dengan rela hatimemegang jawatan sebagai anggota pengelola kerja amal. Setiap kali beliau ke Pusat Tzu Chi Yunlin untuk bertugas, iaitu memotong rumput. Senantiasa ternampak olehnya seorang Shixiong memotong rumput rampai yang tumbuh di celah-celah bata berantai dengan mesin pemotong rumput. Pada pandangan pertama tempat itu kelihatan sangat bersih. Akan tetapi, selepas beberapahari, rumput tumbuh semula di celah-celah bata berantai itu umpama “rumput tumbuh semula apabila angin musim bunga bertiup”.

Saya ingin mencabut akar rumput yang besar dan kasar itu sehingga akarnya dibantun sama sekali umpama “ladangbatin” saya yang mempunyai rumput rampai, iaitu “noda batin”dibersihkan dari lubuk hati saya. Walaupun dengan sabit, saya menghabiskan masa selama setahun untuk mencungkil akar rumput dengan sekuat tenaga sehingga tangan berdarah, saya masih meneruskan kerja itu.

Empat musim bergilir dalam setahun. Saya bekerja di bawah panas terik matahari pada musim panas dan menghadapi angin dingin pada musim sejuk. Namun, saya masih mencungkil akar besar dan kasar rumput rampaiseinci demi seinci dari celah-celah bata berantai di Pusat Tzu Chi Yunlin sehingga seluruh kawasannya dibersihkan. Akhirnya, sekilas pandang kawasan itu bersih dan rapi. Dengan hal demikian,Zhang Jinhui berlapang hati juga.

Biasanya, selain menjalankan kerja amal sebagai tugas harian dan mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula, Jinhui shijie juga mengambil bahagian dalam KumpulanMembacadalam Talian Kaohsiung. Sebanyak lapan puluh lapan orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Membaca Koahsiung dan Kumpulanmerentas wilayah akan kembali ke Jingshe Hualien setiap tahun untuk bersimposium mesra dengan Shangren. Pada suatu tahun, beliau berkongsi pengalaman dengan Shangren bahawa beliau keluar untuk XunFaXiang pada pukul tiga pagi lebih. Beliau dikehendaki curi-curi keluar dari rumahnya kerana suaminya tidak memberinya keluar.Hal ini dikatakan demikian kerana beliau teramat berhasrat untuk belajar Dharma Buddha. Oleh itu, beliaumelutut di hadapan suaminya untuk memohon kebenaran daripadanya supaya dapat menghadiri XunFaXiang saban hari. Selepas tiga tahun, beliauberjaya mendapat persetujuan daripada suaminya.

Pada masa itu, Shangren telah mengetahui hal itu dan menasihati shijie, “Biarkan Shixiong bersetuju sebenarnya tidak cukup, saya mahu beliau juga menyertai Tzu Chi.” Zhang Jinhui sangat gembira untuk menerima berkat daripada Shangren. Pada tahun yang berikutnya, suaminya Kang XianFu ShiXiong mengambil bahagian dalam pelatihan JianXi. Pada tahun 2020, beliau menjalani pelatihan dan telah ditauliahi sebagai cicheng . Isteri Zhang Jinhui berasa sangat ria dan lega kerana suaminya pada mulanya tidak memahami Tzu Chi tetapi akhirnya mengakuri Tzu Chi. Kesudahannya, beliau dapat menyertai keluarga besar Tzu Chi yang bercinta kasih.

Setelah menyertai Tzu Chi selama dua puluh tahun lebih, saya mempunyai suatu aspirasi pada Upacara Berkat Hujung Tahun setiap tahun, yakni Saya berharapan agar saya dapat bergerak selamat dan lancar di Jalan Tzu Chi dan dapat memberikan sumbangan dalam Tzu Chi kerana hal ini merupakan sesuatu yang sangat menggembirakan dan membahagiakan.”

Aspirasi saya akhirnya menjadi kenyataan,”Lebih daripada dua puluh tahun yang lepas, suami saya didiagnosis oleh doktor bahawa beliau hanya tinggal tiga bulan untuk hidup. Sekarang, saya masih dapat menjalankan aktiviti pemeliharaan alam sekitar bersama suami saya. Saya tidak perlu lagi risau akan kesihatannya. Saya dan suami saya masih mempunyai kismat bersimposium mesra dengan Shangren. Kini, saya merupakan insan Tzu Chi yang paling bahagia dan gembira.

(Simposium Mesra Yunlin 2022.1.4)                    

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.