Balasan Baik dan Kesan Bajik. 好回應 善效應

0觀看次
A- A+

 

Satu perayaan ulang tahun yang penuh dengan kegembiraan, kemesraan dan tenaga positif.

Kumpulan ‘Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung’ seperti cuaca Kaohsiung yang sungguh panas, mesra dan leluasa untuk membolehkan teman buku seluruh dunia supaya dapat menghabiskan satu perayaan ulang tahun yang tidak akan dilupakan untuk selama-lamanya. Majlis itu dipenuhi dengan kejutan dan kepintaran, serta semua orang daripada setiap lapisan umur dapat berkumpul bersama dengan gembiranya.

Sesungguhnya epidemik selama empat tahun yang lalu itu telah mengubah ekologi alam semula jadi, dan juga mentaliti serta gaya hidup manusia. Perasaan dan keharuan apabila menyertai Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung untuk kali pertama, pada bulan Mac 2020, masih segar dalam ingatan saya.

Kali pertama saya menulis maklum balas spontan adalah kerana perkongsian yang sangat menarik oleh para pembimbing membaca dan isi pekongsian mereka. Saya ingin memberitahu mereka bahawa usaha mereka telah saya rasai.

Sebagai seorang guru , dia mengetahui bahawa murid yang benar-benar mendengarkan pelajaran dan sentiasa memberikan respons yang sangat melegakan dan mengharukan perasaan seorang guru yang baik.

Terutamanya selepas menulis maklum balas spontan itu, Cikgu Meiyun sering membacakannya kepada para pekongsi malah meminta pekongsi membacakannya sendiri. Sifat prihatin beliau telah menyebabkan saya berasa malu hendak bermalas-malasan untuk berehat sekejap.

Selama empat tahun dengan kehadiran yang penuh dan memberikan maklum balas kepada pekongsi secara cepat, spontan dan spesifik. Semua hal ini berlaku kerana saya mendengarkan ucapan pekongsi dengan sepenuh perhatian sambil mencatat pendapat saya. Lama-kelamaan saya mendapati bahawa keupayaan saya untuk mendapatkan isi penting semakin maju, sebenarnya yang mendapat manfaat ialah diri saya sendiri.

Setiap unit yang diatur oleh Kumpulan Membaca, iaitu daripada Empat Misi Utama dan Delapan Jejak Tzu Chi sehinggalah kerja-kerja yang dilakukan oleh insan Tzu Chi di seluruh negara, semuanya dapat dibentangkan dalam sesi ‘Kumpulan Membaca dalam Talian’ setiap minggu.

Oleh itu, teman buku boleh mengetahui hal-hal mengenai Tzu Chi di seluruh dunia tanpa keluar dari rumahnya. Hal ini amatlah dipuji, dikagumkan dan diharukan serta disyukuri.

Seminggu sekali perjumpaan teman buku di “Lingshan” (Puncak Gunung BurungNazar, Tempat Buddha berkhutbah), setiap perkataan dan perbuatan kumpulan membaca menjadi contoh teladan, dengan sepenuh hati bertekad menyebarkan Dharma demi memberikan manfaat kepada semua makhluk hidup dan membalas jasa Shangren, seumur hidup dalam perjalanan Tzu Chi tanpa penyesalan. Semoga ‘Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung’ menyebarkan cinta kasihnya ke seluruh dunia dan dapat merekrut teman buku yang tidak terbilang banyaknya. Selamat Hari Jadi yang ke-11.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.