Kepahitan dan Kegembiraan 辛酸与欢乐

0觀看次
A- A+

 

Setelah memutuskan untuk pulang ke Taiwan pada bulan Mac, saya teringat akan Cikgu Meiyun yang pernah berkata bahawa Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung akan menyambut ulang tahun yang ke-11 pada bulan itu. Oleh itu, saya mengambil kesempatan yang julung kali ini untuk merasai suasana majlis yang mengagumkan itu.

Apabila Cikgu Meiyun mengetahui bahawa saya akan menghadiri majlis itu, beliau segera mempersilakan Han Wen shixiong bersama saya untuk berkongsi perkara-perkara menarik di balik tabir interpretasi. Walaupun saya berasa sangat gembira untuk menerima peluang perkongsian yang jarang-jarang ini, maka saat seterusnya, saya akan menyesal. Hal ini dikatakan demikian kerana 13 Mac merupakan minggu yang kedua, iaitu kumpulan kedua interpretasi yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugasnya. Bagaimanakah saya begitu mementingkan diri sendiri meninggalkan ahli kumpulan saya?

Separuh daripada ahli kumpulan ini tidak tahu membaca tulisan Cina, malah ada yang tidak memahami maksud lisan bahasa Cina. Setiap kali sebelum sesi interpretasi, saya perlu memuat turun bahan kursus berkenaan daripada kumpulan “Line” untuk mereka masing-masing, serta menyatakan kelas yang berkenaan dalam bahasa Inggeris. Namun, seminggu sebelum sesi interpretasi , tiba-tiba saya menerima berita yang tidak disangka-sangka, iaitu ahli yang hebat dalam kumpulan kami, Yen Ni shijie, tidak dapat bertugas pada hari itu. Bersyukurlah kerana beliau masih dapat menolong menterjemahkan bahan interpretasi kepada bahasa Melayu untuk ahli-ahli yang lain.

Akhirnya, kumpulan kami hanya tinggal empat orang shijie yang boleh bertugas. Antara empat orang ahli kumpulan itu, terdapat tiga orang yang tidak memahami bahasa Cina. Namum begitu, saya berasa amat kagum dan bersyukur kepada mereka kerana telah menyelesaikan tugas hari itu dengan cukup berani .

Apabila saya berkongsi kepahitan dan ketabahan tentang penginterpretasian, kedengaran tepukan yang menggalakkan secara mendadak. Hal ini sungguh mengharukan saya!

Setelah aktiviti itu tamat, buat pertama kali saya melawat kumpulan teknikal di tingkat kedua dan segera mencari ahli kumpulan interpretasi bahasa Melayu. Mereka bergelak ketawa dengan sungguh gembira apabila ternampak akan saya. Kerja keras kamu semua akhirnya dapat diketahui oleh semua orang!

Saya berasa sangat kagum dengan menyertai Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung secara fizikal. Oleh itu, saya akan menggalakkan ahli kumpulan saya untuk datang ke Kaohsiung pada masa yang akan datang supaya mereka dapat juga merasai pengalaman yang sama seperti telah saya peroleh.

Like our articles?Welcome to join JSHeartLand.