Kita dapatlah mengetahui bahawa Han Wen shixiong ialah seorang pakar, apabila kita mendengar perkongsian pengalamannya.
Hal ini dikatakan demikian kerana beliau terlibat dalam aktiviti Tzu Chi secara bersungguh-sungguh sepanjang tahun. Oleh itu, sayapun berasa bahawa segala tindakan Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung ialah bermula daripada “menghormati dan juga menyayangi shifu”.
Saya faham akan ketabahan dan ketekunan Cikgu Meiyun kerana sudah 10 tahun saya sentiasa bersama Kumpulan Membaca dalam Talian Kaohsiung.
Oleh sebab saya pernah meniru cara membaca, maka saya dapat menghayati bahawa terdapat jurang yang besar antara slogan dengan amalan yang sebenarnya. Disebabkan saya pernah mengendalikan operasi komuniti setempat, maka saya memahami bahawa bukanlah mudah untuk mengadakan semangat HeHeHuXie (bersatu hati, berharmoni, saling mengasihi dan tolong-menolong) yang berterusan dalam sebuah pertubuhan.
Apabila seseorang itu benar-benar mengamalkan prinsip dalam kehidupannya, barulah dia dapat memahami kesulitan orang lain. Dia dapat melihat kelebihan orang lain dan seterusnya akan menghargai kelebihan mereka.
Han Wen Shixiong mengatakan bahawa dia sangat mengagumi kemahiran Cikgu Meiyun yang hebat. Pada masa itu, Cikgu Meiyun dan saya tidak kenal rapat satu dengan lain tetapi beliau telah memilih saya untuk berkongsi pengalaman. Saya mengakui bahawa saya bukanlah seorang yang sangat berbakat tetapi secara kebetulan, penulisan buku adalah sesuai untuk saya.
Saya sentiasa kagum akan kebolehan Cikgu Meiyun kerana dengan sekilas mata, beliau boleh tahu akan tugas yang sesuai untuk saya. Malah beliau berani memberikan suatu tugas yang saya langsung tiada pengalaman.
Ini juga merupakan satu pengesahan mengenai kemahiran Cikgu Meiyun untuk mengenal pasti kebolehan seseorang dan memberikan tugas yang sesuai kepadanya.
Apabila Han Wen Shixiong menyebut hal tentang diri saya, saya fikir bahawa saya dapat merasai kegembiraanya.
Begitu rupanya kegembiraan itu sama dengan kegembiraan bagi begitu banyak insan Tzu Chi Chiayi yang saya rasai sewaktu saya tiba di tapak majlis ulang tahun yang ke-10.
Han Wen Shixiong dan sebahagian anggota keluarga Tzu Chi duduk di bawah pentas manakala Hui Fern Shijie dan sekumpulan anggota keluarga lain bersusah payah untuk menolong mengangkat papan tanda di tingkat kedua.
Mereka belaka mendengar perkongsian pengalaman saya. Saya yang memegang mikrofon di atas pentas dan berfikir bahawa saya ingin berterima kasih kepada insan Tzu Chi Chiayi. Kerana mereka sebagai tuan rumah, maka saya berasa penuh dengan keyakinan!