Sekali lagi menyaksikan ketabahan Cikgu Mei Yun dan Kumpulan Membaca Dalam Talian Kaohsiung, saya dapat merasaikukuatan penyebaran kuasa tenaga positif mereka ke seluruh dunia.
Dalam sesi perkongsian tersebut, perkongsian oleh Saudari Guo Zhiling dan Saudara Huang Chengde yang bertema "Sebarkan Cinta Kasih Melalui Menghormati Ibubapa” memberi kesan yang paling mendalam kepada saya.
Saya sungguh terharu dengan Saudari Zhiling apabila beliau berkata bahawa "Berbuat baik dan menghormati ibubapa tidak boleh ditunggu, ia mesti dilakukan dengan segera" Ayat ini mengingatkan kita bahawa berbakti kepada ibu bapa dan membuat bajik tidak seharusnya menunggu kedatangana peluang tertentu tetapi ia seharusnya diamalkan pada bila-bila masa. Dia juga berkongsi pengalamannya dalam penglibatan diri dengan Tzu Chi yang merupakan keberkatan terbesar baginya.
Ini memberi kefahaman kepada kita bahawa kita harus menghargai peluang untuk membuat kebaikan dan menghormatiibubapa kita sendiri.
Perkongsian Saudara Huang Chengde juga amat mengharukan. Dia sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada Saudari Zhiling tetapi pada hari ini dia mengakui bahawa dia sebenarnya berasa segan. Kisahnya menyebabkan kita memahami bahawa sokongan dan teman-menemani juga merupakan satu bentuk penghormatan daripada anak. Ia tidak semestinya merupakan satu tindakan yang menonjol muka tetapi lebih kepada emosi yang tulus dan ikhlas.
Daripada kata-katanya yang menzahirkan rasa kesyukuran terhadap bapa mertuanya, emosi ini menyebabkan orang merasai kehangatan dan cinta kasih dalam hati.
Kisahnya juga mengingatkan kita bahawa kadang-kadang hubungan kekeluargaan dalam hidup tidak dapat dibatasi oleh pertalian darah, tetapi dibina atas dasar saling menyayangi dan menghormati. Bapa mertuanya pernah berkata bahawa dia berharap Chengde boleh menjadi anak sendirinya. Kata-kata sebegitu adalah penegasan terbesar baginya, ia juga merupakan kepujian paling besar kepada budi pekerti dan penghormatan orang tuanya.
Dari semangat perkongsian "Sebarkan Cinta Kasih Melalui Menghormati Ibubapa"Saudari Zhiling dan Saudara Chengde, saya benar-benar merasai bahawa ibubapa adalah contoh teladan untuk kita belajar. Lebih-lebih lagi kita harus menggunakan badan yang dianugerahkan oleh ibu bapa kita untuk melakukan kerja kebajikan dan menyumbang bakti, demimembalas budi ibu bapa kita, menukarkan cinta kasih kecil menjadi cinta kasih besar dan mulai menerangi sudut-sudut gelap dalam masyarakat!